Monday 27 June 2011

Bila dah temui jodoh, that list will be rubbish

Assalamualaikum married and single readers,

Baru-baru ni, saya menghadiri satu majlis perkahwinan. Dua jiwa bersatu. Alangkah gembira dan indahnya bila kita bertemu dengan insan yang dicintai dan disayangi. Dan lebih indah seandainya bersatu melalui perkahwinan yang direstui. Semua orang menginginkan begitu. Kan kan ?

Baik, bila disebut tentang cinta, people especially girls will be super excited. Bukan semua, segelintirnya sahaja. *I'm a girl and I know lah* Sebabnya, dengar-dengar perempuan ada 1 akal dan 9 nafsu. Jadi, apa sahaja berkaitan dengan perasaan, kebanyakan wanita mudah tersentuh. Lagipun, hati perempuan memang begitu. Dia mudah menangis. Kadang-kadang alasannya remeh-temeh. Rimas kan? *OUCH* Oleh sebab itu, mereka selalunya akan mencari-cari insan yang sempurna di mata, terutamanya di hati.

Lelaki dan perempuan sememangnya menginginkan seseorang yang boleh menerimanya seadanya. Tak semestinya pilihan hidup, ia boleh terjadi bila memilih kawan. Siapa yang sanggup berkawan dengan orang yang hanya pandang harta? *CEH* Kalau berkawan pun kita tak suka, apatah lagi bab kahwin. Cantik, comel dan keindahan yang dimiliki akan pudar dimamah usia.  Ini membuktikan 

nothing lasts forever.

Memang duit amat penting untuk meneruskan kelangsungan hidup tapi duit bukan segala-galanya. Ayat paling klise dan tipikal, tapi itulah hakikatnya. Bila memilih raja di hati atau permaisuri hidupmu, agama yang diutamakan, kan. 
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda,
"Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikan dan agamanya. Maka pilihlah wanita yang memiliki agama"
(Hadis riwayat Bukhari Muslim)

Cantik tak cantik tak? Cantik. Jadi terpulanglah kepada sapa-sapa yang ada senarai dream partner tu. Tak salah nak buat senarai itu ini. Tak salah pun untuk memilih pilihan hati, sebab akhirnya nanti, kita yang akan berkongsi hidup dan waktu bersamanya. Lagipun, dia (lelaki) yang akan bertanggungjawab menjaga keluarga kita dan dia (perempuan) yang akan menjaga keluarga bila kita takda. Seronok kan tengok orang yang dapat life partner yang alim dan beragama.

It's a long journey to find a soulmate, people. Seriously, if you really want to find him/her, you need to be what you want him/her to be. Hakikatnya, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Jangan risaulah. Jodoh di tangan Allah. Cepat atau lambat, semuanya terpulang kepada Allah. Berusahalah sekuat mana pun, seandainya Allah tidak mengizinkannya, tetap tak jadi jugak. *smile, dear* So, relax. Hati akan berbunga bila jumpa orangnya. HEHE.

Bila dah jumpa jodoh, kita dah tak tengok pun checklist tu. Tapi kalau putus di tengah jalan, jangan risau. Ada yang lebih sesuai untuk kita, insya-Allah. Tak perlu nangis sangat lah. Dia Maha Mengetahui. Menangislah bila hati tidak tahan lagi. Puaskan hatimu. Tomorrow is a new beginning for you. 

Cuma bila dah berstatus pelajar, faham-fahamlah. Bukannya tak suka, cuma keutamaan kita sekarang adalah cita-cita. Bak kata cikgu saya, "Kejarlah cita-citamu, anakku". Chewah. Saya cuma sampaikan sahaja. Tak perlu terlalu minat, boleh jadi ia buruk untukmu. Jadi, teruskan belajar dan jadikan remeh-temeh itu sebagai sampingan. Hidup lebih bermakna kan.

What makes you so special is who you will be at the end, not what you have now. Everything can change when time passes by. Grab that chance, dear.

Yang dah berkahwin, peliharalah keluargamu. Jagalah isteri sebaik mungkin. Sebab kadang-kadang kita tak tahu, dialah yang teristimewa untuk kita. Jangan biarkan tragedi yang buat kita tersedar di alam nyata. 



Jodohmu adalah hadiah terbaik daripada Tuhan. 


Terima kasih :)