Monday, 27 June 2011

Bila dah temui jodoh, that list will be rubbish

Assalamualaikum married and single readers,

Baru-baru ni, saya menghadiri satu majlis perkahwinan. Dua jiwa bersatu. Alangkah gembira dan indahnya bila kita bertemu dengan insan yang dicintai dan disayangi. Dan lebih indah seandainya bersatu melalui perkahwinan yang direstui. Semua orang menginginkan begitu. Kan kan ?

Baik, bila disebut tentang cinta, people especially girls will be super excited. Bukan semua, segelintirnya sahaja. *I'm a girl and I know lah* Sebabnya, dengar-dengar perempuan ada 1 akal dan 9 nafsu. Jadi, apa sahaja berkaitan dengan perasaan, kebanyakan wanita mudah tersentuh. Lagipun, hati perempuan memang begitu. Dia mudah menangis. Kadang-kadang alasannya remeh-temeh. Rimas kan? *OUCH* Oleh sebab itu, mereka selalunya akan mencari-cari insan yang sempurna di mata, terutamanya di hati.

Lelaki dan perempuan sememangnya menginginkan seseorang yang boleh menerimanya seadanya. Tak semestinya pilihan hidup, ia boleh terjadi bila memilih kawan. Siapa yang sanggup berkawan dengan orang yang hanya pandang harta? *CEH* Kalau berkawan pun kita tak suka, apatah lagi bab kahwin. Cantik, comel dan keindahan yang dimiliki akan pudar dimamah usia.  Ini membuktikan 

nothing lasts forever.

Memang duit amat penting untuk meneruskan kelangsungan hidup tapi duit bukan segala-galanya. Ayat paling klise dan tipikal, tapi itulah hakikatnya. Bila memilih raja di hati atau permaisuri hidupmu, agama yang diutamakan, kan. 
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda,
"Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikan dan agamanya. Maka pilihlah wanita yang memiliki agama"
(Hadis riwayat Bukhari Muslim)

Cantik tak cantik tak? Cantik. Jadi terpulanglah kepada sapa-sapa yang ada senarai dream partner tu. Tak salah nak buat senarai itu ini. Tak salah pun untuk memilih pilihan hati, sebab akhirnya nanti, kita yang akan berkongsi hidup dan waktu bersamanya. Lagipun, dia (lelaki) yang akan bertanggungjawab menjaga keluarga kita dan dia (perempuan) yang akan menjaga keluarga bila kita takda. Seronok kan tengok orang yang dapat life partner yang alim dan beragama.

It's a long journey to find a soulmate, people. Seriously, if you really want to find him/her, you need to be what you want him/her to be. Hakikatnya, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Jangan risaulah. Jodoh di tangan Allah. Cepat atau lambat, semuanya terpulang kepada Allah. Berusahalah sekuat mana pun, seandainya Allah tidak mengizinkannya, tetap tak jadi jugak. *smile, dear* So, relax. Hati akan berbunga bila jumpa orangnya. HEHE.

Bila dah jumpa jodoh, kita dah tak tengok pun checklist tu. Tapi kalau putus di tengah jalan, jangan risau. Ada yang lebih sesuai untuk kita, insya-Allah. Tak perlu nangis sangat lah. Dia Maha Mengetahui. Menangislah bila hati tidak tahan lagi. Puaskan hatimu. Tomorrow is a new beginning for you. 

Cuma bila dah berstatus pelajar, faham-fahamlah. Bukannya tak suka, cuma keutamaan kita sekarang adalah cita-cita. Bak kata cikgu saya, "Kejarlah cita-citamu, anakku". Chewah. Saya cuma sampaikan sahaja. Tak perlu terlalu minat, boleh jadi ia buruk untukmu. Jadi, teruskan belajar dan jadikan remeh-temeh itu sebagai sampingan. Hidup lebih bermakna kan.

What makes you so special is who you will be at the end, not what you have now. Everything can change when time passes by. Grab that chance, dear.

Yang dah berkahwin, peliharalah keluargamu. Jagalah isteri sebaik mungkin. Sebab kadang-kadang kita tak tahu, dialah yang teristimewa untuk kita. Jangan biarkan tragedi yang buat kita tersedar di alam nyata. 



Jodohmu adalah hadiah terbaik daripada Tuhan. 


Terima kasih :)

Thursday, 23 June 2011

All are educated and uneducated in different areas. *tak tipu*

Assalamualaikum interested readers, 

Selalunya kalau cakap tentang pendidikan, kebanyakan orang akan meletakkan akademik sebagai kayu ukur dan perbandingan sesama kita. Malah, kadangkala yang bijak akan dikutuk kerana mengambil peluang orang lain *which is so not true* dan yang kurang menyerlah akan dipersalahkan *which is so bad*.

Memang benar, semua ibu bapa mahukan anak yang cemerlang dan menyerlah dari semua aspek. Siapa yang tak bangga bila si anak masuk berita kerana kecemerlangannya. Nenek atuk pun seronok tengok kat tv tau. Walau bagaimanapun, anda sebagai ibu bapa dan saya (kami) sebagai anak perlu sedar dan faham bahawa,
Everyone has been created beautifully by ALLAH

What makes the world so different in its own way is due to everyone has their own abilities, experiences and characteristics. So, we cannot blame anyone just because they are not *so uneducated* to something. Yet, there is a huge difference between a 'bad' person and someone who sometimes 'does' a bad thing. Kita homosapien kan ;)

Jadi, lepas ni tak perlu show off tentang kehebatan kita di mata orang yang kita rasa agak lemah daripada kita. *ni kenyataan nah.. betui kan?* Biasalah segelintir sahaja macam ni. Selalunya, the real reason is to get attention. *OUCH* Bagi insan yang selalu dapat komen negatif, jangan risau dan tak perlu percaya semua tu. Kata-kata dusta. Chewah. *tapi kalau memang perangai teruk, check diri balik k* 
Kamu hebat
Cemerlang
Penyabar
dan ada keistimewaan sendiri :)

Apa-apapun, teruskan melangkah. Teruskan mencapai impian yang kamu idamkan. Kalau tak dapat nak jadi anak yang cemerlang, cukuplah menjadi anak yang baik. Kalau tak dapat nak jadi anak yang baik, cukuplah menjadi anak yang tidak menyusahkan. Tapi, kalau tetap tak dapat,
berdoalah agar anak kamu menjadi insan yang lebih BAIK daripada kamu

*sorry*
Terima kasih :)

ps: saya minta maaf kalau saya ada buat salah kat hampa :(

Wednesday, 22 June 2011

Yang INDAH itu kadangkala melukakan

Assalamualaikum ladies and gentlemen,

Pernah jumpa insan yang terlalu menginginkan sesuatu tapi bila dah dapat, dia mengeluh ? Dan lebih dahsyat, dia masih menyoal kenapa ini yang harus diberi.
 (banyak mengeluh *annoying*)

Ya, saya pun pernah jumpa orang sebegini. Penuh news feed kat Facebook hanya kerana insan-insan sebegini. Kadangkala terasa macam nak bagi komen pedas-pedas untuk bagi dia terasa. dulu nak sangat benda tu jadi. tapi bila dah berlaku, mula rasa nak kembali ke masa dulu. *EVIL* ;) HAHA. Kadang-kadang, saya pun pernah jadi macam tu. EHEM. Biasanya manusia lebih suka menyalahkan sesuatu sebab ada sesetengah orang, dia tidak mampu terima hakikat bahawa dia sebenarnya lemah. *sorry*

We somehow have to understand that,

Tuhan menjawab doa kita melalui 3 cara
1. YA
2. BELUM LAGI, SWEETHEART
3. ADA YANG LEBIH BAIK UNTUKMU


 Cantik kan pelan Tuhan. Kita merancang, Tuhan yang menentukan. Cuma jangan terlalu meminati sesuatu, boleh jadi itu buruk untuk kamu. Jadi, lepas ni, tak perlu bazir masa memikirkan kenapa doa kita belum dimakbulkan sebab setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. *ni untuk diri sendiri*

God will make a way when there seems to be no way


Terima kasih :)